CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, 13 June 2007

Assalamualaikum...Ahlan wasahlan

Assalamualaikum...

1st of all syukran jazilan atas kesudian anda semua melawat blog saya yang tak seberapa ini. Mula2nya terasa berat untuk berkecimpung dalam bidang ini atas sebab kelemahan diri yang kurang kemahiran. Namun begitu, apabila difikir2 kembali berserta dengan galakan dari sahabat2 terdekat saya pun menguatkan tekad untuk memulakan langkah.

Melalui medan inilah kita dapat berkongsi idea dan bahan khususnya dalam usaha memperkembangkan salah satu usaha dakwah iaitu dakwah penulisan. Bidang penulisan bukanlah mudah sekiranya ia diceburi oleh orang seperti saya yang seringkali mengalami 'ketersekatan' idea walaupun idea itu ada, namun apabila untuk di'express'kan ia menjadi sesuatu kesukaran. Walauapapun saya berharap agar keterlibatan saya dalam medan ini dapat meningkatkan kemahiran saya dalam bidang penulisan.

Mungkin dari segi permulaannya ini sahajalah yang dapat saya coretkan. Namun begitu saya mengharapkan agar selepas ini sahabat2 sekalian dapat memberikan pandangan atas setiap yang telah saya coretkan. Saya juga ingin mengucapkan selamat datang ke blog saya ini.

Sekian, wallahu 'alam bisawab...

3 comments:

asmaa puterii said...

assalamu'alaikum wbt.. tahniah, teruskan berkarya...

alexanderwathern said...

Aslkm.
Berdakwah melalui mata pena (keyboard) ini banyak manfaatnya. Selagi orang membaca tulisan kita, selagi itulah pahalanya mengalir. Apatah lagi jika mereka mengamalkannya.

Cuma, kiat jangan lupa juga untuk berjuang di alam nyata. Apa yang kita sampaikan, mestilah kita mengamalkannya.

Sekadar berkongsi...

Wallahualam.

Ilriady Al-Kalantani said...

selam 'elayki WBT

tahniah sis!
bertambah lagi teman blogger
nanti ana emelkan panduan ringkas
ebook bagi beginner.